Wednesday 19 August 2015

Hati


Semuanya terlalu indah untuk aku kenangkan..
Persahabatan kita sangat akrab.
Sampailah satu masa kau ada dunia lain.
Sulit untuk aku jelaskan perasaanku.
Aku gembira melihat kau gembira.
Tapi entah kenapa tiba-tiba.
Aku juga rasa kehilangan.
Kadang aku cemburu.
Sebab kau dah tak punya masa untuk aku.
Dan akhirnya aku menyedari.
Aku tak mahu kehilangan kau.
Tapi saat perpisahan itu akan datang jua.
Aku terima andai takdir kita begitu.

Monday 20 April 2015

life~~





"Kalau dah ada orang sayang tu,terima jelah"


Tak semudah tu nak terima kehadiran orang dalam hidup kita. Memang betul, orang kata lebih baik kita terima orang yang lebih sayang kita, berbanding kita yang sayang orang tu. Sebabnya, kalau pun kita tak menyayangi seseorang itu, ia boleh dipupuk hari demi hari. Yang penting, ikhlas untuk menerima & bukalah hati.

Kalau orang yang menyayangi kita, takkan dia akan buat sesuatu yang takkan membahagiakan kita. Dia akan sedaya upaya membuat kita gembira & menjadi sebahagian dari hidup mereka.

Kalau sebaliknya, hanya kita yang lebih menyayanginya. Mungkin sayang dia pada kita tak begitu kuat sehinggakan dia sanggup melukakan hati kita. Sebabnya dia siap sedia tahu kita akan menyayangi dia walau apa yang terjadi. Yang sakitnya di kemudian hari adalah diri kita sendiri.

hmmm...


Sunday 8 February 2015

Pahit itu penawar

Benar kecewa itu menyakitkan..
Benar kelukaan itu memedihkan..
Benar pahit itu amat sukar di telan..
Benar pengkhianatan itu menyiksakan..

Bertahan.. Tabah.. Sabar..

Apalah sangat pengkhianatan yang menyiksakan itu..
Apalah sangat kelukaan yang memedihkan itu..
Apalah sangat kekecewaan yang menyakitkan itu..

Jika nak di banding dengan indahnya perasaan sayang itu.. 
Saat bahagia.. Ketawa bersama.. Gurau dan senda..

TELAN kepahitan sebagai penawar..
JADIKAN segala derita sebagai hikmah untuk kita lebih menghargai..
INSYAALLAH kenikmatan akan datang berganda.
Amin ~~