Wednesday 5 February 2014

Usia ku bertambah~~

Pada usia ku yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Aki masih bersendiri meraikan hari jadi…
Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Aku hanya ditemani rakan rakan..
Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Aku menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.
Pada usia aku yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Aku tetap tenang menanti.
Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Aku masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.
Pada usia aku yang bertambah.
Aku semakin kuat dalam pengharapan.
Aku semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah ku bukan pada lelaki tapi pada ibu & Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…
Pada usia aku yang bertambah.
Aku semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintaku.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Aku hanya mampu tersenyum melihat langit...

Tuesday 4 February 2014

Biarkan dunia berputar,Seiring waktu berjalan..

Salam...
tinggal 4 hari jew lgi cuti yg berbaki..so mase yg ade nie aq try gune sebaik mungkin utk update blog..
xla rjin tpi bile share at cni rase sronok bc0z x rmai org ley bace..and aq pon ley tulis pew yg aq rse ikot suke aty aq..huhu..

Ketika kita temui orang yang tepat untuk kita cintai,
Ketika kita berada di tempat & masa yang tepat,
Itulah kesempatan..

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuat hati kita tertarik,
Itu bukan lah pilihan..tpi itu kesempatan..

Ketika kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bah kan dengan segala kekurangan,
Itu baru lah dipanggil pilihan..

Ketika kita memilih untuk bersama seseorang walau apapun terjadi,
Itulah pilihan,pilihan harus kita lakukan..

Ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain,
Yang lebih menarik,yang lebih kaya dari pasangan mu,
Itulah pilihan namanya..

Kita di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai..
TETAPI untuk belajar mencintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna..

Sunday 2 February 2014

think positive..

Ketika yang lain sibuk bersms dan bercakap di telifon berjam-jam, dan kita hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi permasalahannya dengan demikian?
Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan digunakan untuk lain keperluan. 
Ketika yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi rasa
Bukankah Allah ada?
Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik segala ujian duka buat kita. 
Bukan teman yang mereka puja-puja itu yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.
Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentang kekacakan atau kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa. 
Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang mereka punya.   

Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya?

Seorang suami/isteri atau pun seorang kekasih yang hanya mahu dipamer kepada semua?
Ketika mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama. 
Kau sebenarnya lupa tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya.  Yang bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang terpilih untuk memiliki.
 Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama.
Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba. 
Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.