Wednesday 5 February 2014

Usia ku bertambah~~

Pada usia ku yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Aki masih bersendiri meraikan hari jadi…
Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Aku hanya ditemani rakan rakan..
Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Aku menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.
Pada usia aku yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Aku tetap tenang menanti.
Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Aku masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.
Pada usia aku yang bertambah.
Aku semakin kuat dalam pengharapan.
Aku semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah ku bukan pada lelaki tapi pada ibu & Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…
Pada usia aku yang bertambah.
Aku semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintaku.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Aku hanya mampu tersenyum melihat langit...

No comments:

Post a Comment