Sunday 31 March 2013

jahilnya saya =.=


ssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hari ini ingin berbicara mengenai diri sendiri. Maaf ya?


“Ketinggian ilmu agama dan juga keimanan seseorang itu tidak diukur pd gelaran 'ustaz' @ 'ustazah', tidak dinilai pada songkok yang sentiasa di kepala @ labuhnya tudung yg dipakai.. kita semua sama, bezanya adalah TAQWA.”

‎"Jangan kau sangka labuhnya tudung, tanda alimnya diri seseorang. Mereka juga seperti kau yang sedang mencari-cari sinar cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudung mereka ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi, jua mengingatkan diri, menjaga gerak geri. Kerana akhlak itu bunga diri dan kerna yang tertutup itu lebih indah."


Saya bukan pandai dalam bidang agama dan bukan juga sebegitu bodoh sehingga tidak mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk. Apa yang pasti, saya jahil bila hendak berbicara mengenai hadis, Al-Quran, hukum-hakam dan sebagainya.

dari mana saya mahu memulakan langkah baru,berubah untuk menjadi yang lebih baik..bantu saya..=.=

Sunday 17 March 2013

ada kalanya sepi itu indah~~

Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, walau sejauh mana kita nak lari darinya ia tetap ada, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?

Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.Namun indahnya nikmat sepi itu jika bersulam kasih dan sayang kepada yang satu.
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, “walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu, yang hakikatnya amat payah kita buang kerana kau telah lama bertakhta di hati” namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi.
Perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala kita berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.
Adakalanya kita perlu menoleh kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Katakan, “Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku.”
Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya kita yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.
Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat kita tenteram, mengajak hati kita menghayati setiap kejadian yang berlaku, bukan sepi yang membuat kita sengsara namun sepi akan menyedarkan kita yang dunia ini tidak selalu indah pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita.

Sepi itu terkadang boleh membuat kita terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, hati ini telah membuat kita sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat kita tenang dan membuat kita tersenyum walau terjatuh beribu kali , kita tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan kita harus mengikhlaskan hati kepada sepi.
Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt.