Monday 20 April 2015

life~~





"Kalau dah ada orang sayang tu,terima jelah"


Tak semudah tu nak terima kehadiran orang dalam hidup kita. Memang betul, orang kata lebih baik kita terima orang yang lebih sayang kita, berbanding kita yang sayang orang tu. Sebabnya, kalau pun kita tak menyayangi seseorang itu, ia boleh dipupuk hari demi hari. Yang penting, ikhlas untuk menerima & bukalah hati.

Kalau orang yang menyayangi kita, takkan dia akan buat sesuatu yang takkan membahagiakan kita. Dia akan sedaya upaya membuat kita gembira & menjadi sebahagian dari hidup mereka.

Kalau sebaliknya, hanya kita yang lebih menyayanginya. Mungkin sayang dia pada kita tak begitu kuat sehinggakan dia sanggup melukakan hati kita. Sebabnya dia siap sedia tahu kita akan menyayangi dia walau apa yang terjadi. Yang sakitnya di kemudian hari adalah diri kita sendiri.

hmmm...


No comments:

Post a Comment