Friday 31 January 2014

Takdir itu pasti


salam..
da lama x update blog an rase nye..sem kali nie lgi busy dri sem yg lpas2..
mklum la da senior an,byk event n byk bnde kne hndle sndri..
mmandang kan skrg ngah cuti raya cine + cuti mid sem so dpt la luangkan mse cket..


Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita,  berbekal usaha yang sedikit, sudah mampu ia diraih dengan mudah.Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.

Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita.  Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.

Terkadang cinta yang menginap di hati manusia pun suatu ujian.  Dihadirkan perasaan itu dan dijauhkan dari mendapatkannya. Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram.. Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita.  Begitu jua lah sebaliknya.

"Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa.  Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya.  Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.  Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya."

seorang teman bernama Hafis sentiasa berpesan kepada ku..
"Allah swt itu akan selalu merancang yang terbaik untuk kita"






No comments:

Post a Comment