Saturday 19 October 2013

Tipulah kan~~

Tipulah..Bila mulut cakap tak sakit,
Padahal hati rasa nak gugur bila
ditinggalkan oleh orang yg kita sayang..

Tipulah..Bila tiap-tiap hari simpan niat
dalam diri yang kita akan lupakan dia..
Padahal dia jugak yang muncul dalam
kotak memori bersama dengan kenangan yang ada...

Tipulah..Bila kita cakap tak kisah pasal dia.
dan akhirnya kita juga yang kisah dan cuba ambil tahu
kehidupan dia macam mana..

Tipulah..Bila diri ni pernah simpan niat
bahawa kita takkan pernah menangis kerana dia..
dan akhirnya dia juga yang kita tangisi..

Tapi..Sungguh Allah itu Maha Hebat..
Disaat diri ini rasa kehilangan..
Dekat DIA juga diri ini menangis dan memohon
supaya tarik rasa sakit di hati ni..

Dan..makin lama..
Diri ini mula memahami..
Mula menjadi lebih kuat..
Mula belajar senyum dengan ikhlas..
Mula menyimpan azam menjadi muslimah yang lebih baik..
Dan mula belajar melepaskan dia..

No comments:

Post a Comment